Sejarah Penubuhan

Pusat Latihan Teknologi Maju merupakan sebuah institusi latihan profesional penyelidikan dalam bidang pendidikan teknikal dan industri yang ditubuhkan pada awal tahun 2002.

Diasaskan oleh PUAN VIMALA A/P SUBRAMANIAM bersama-sama dengan ENCIK PALANI A/L K.JAYARAMAN yang memiliki pengalaman yang luas didalam bidang KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK INDUSTRI, mereka sekaligus berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) - Kementerian Sumber Manusia dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Fokus utama kami adalah memberikan pendidikan kemahiran dan teknikal, khusus kepada para lepasan sekolah dan pekerja yang kurang mahir bagi menaik taraf kemahiran mereka, sejajar dengan matlamat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian.

Pada tahun 2006, Pusat Latihan Teknologi Maju menaik taraf perniagaannya kepada Sendirian Berhad dan hari ini dikenali sebagai INSTITUT TEKNOLOGI MAJU SDN. BHD. Sehingga ke hari ini, INSTITUT TEKNOLOGI MAJU telah menghasilkan lebih daripada 2000 orang pelatih sebagai sumbangan Ke Arah Wawasan 2020.

Atas permintaan yang tinggi terhadap bidang teknikal maka pada tahun 2013, INSTITUT TEKNOLOGI MAJU turut menawarkan kursus kemahiran didalam bidang KEJURUTERAAN MEKATRONIK sekaligus memenuhi kehendak dan keperluan pasaran pada masa kini. 

Berikutan penambahan program-program baru, INSTITUT TEKNOLOGI MAJU SDN BHD telah menaiktaraf penjenamaannya kepada KOLEJ TEKNOLOGI MAJU pada tahun 2015. Dan sehingga kini KOLEJ TEKNOLOGI MAJU  merupakan salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat setempat mahu pun diluar negeri Johor.

About Us
Malaysia DIY Site Builder
Monday, 17 December 2018
    
  Info Terkini               
  Gallery               
Contact Info
+more
KOLEJ TEKNOLOGI MAJU - Dimiliki sepenuhnya oleh Institut Teknologi Maju Sdn Bhd (L01178)
Business Registration No:
735350-A
Contact Number:
07-590 8096
Email:
info@majutech.edu.my
No.117, 117A, 117B & 118, 118A, 118B Jalan Senai Utama 5/17 Taman Senai Utama 81400 Senai, Johor
Copyrights - 2015 © KOLEJ TEKNOLOGI MAJU - Dimiliki sepenuhnya oleh Institut Teknologi Maju Sdn Bhd (L01178) | Term Of Use & Privacy Notice